Tiada halangan bina Rumah Mesra SMJ dalam satu geran

Datuk-Jahid.jpg

Kredit foto: FB Jahid Jahim

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) amat prihatin dan tidak menghalang pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam satu geran tanah bagi isu keluarga yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, lot-lot tanah yang berkaitan hendaklah dibahagi lotnya dengan jelas serta disahkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) bagi mengelak masalah pada masa akan datang.

Bagaimanapun katanya, pembinaan Rumah Mesra SMJ dalam lot berkenaan perlu mematuhi penetapan minimum teknikal iaitu tapak rumah perlu ada ‘set-back area’ 10 kaki atau tiga meter daripada hujung perimeter parit Rumah Mesra SMJ.

“Set-back area ini adalah bertujuan sebagai zon penampan bagi mengelak daripada Rumah Mesra SMJ terdedah kepada kejadian tanah runtuh, cerun runtuh atau terlalu hampir dengan jalan raya atau terlalu hampir dengan tebing sungai.

“Ia juga sebagai pencegahan daripada insiden kejadian kebakaran rumah secara berkelompok atau berdekatan. Selain itu, infrastruktur sokongan Rumah Mesra SMJ seperti parit, tangki septik dan lurang atau tangki air dapat dibina pada ruang yang cukup dan sempurna,” katanya dalam ucapan penggulungan KPLB pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kelmarin.

Dalam pada itu jelasnya, KPLB melalui pejabat pelaksana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis-majlis Perbandaran, Pejabat-pejabat Daerah dan Pejabat-pejabat Daerah Kecil juga sentiasa memperingatkan dan memberi amaran kepada kontraktor yang tidak dapat menyiapkan Rumah Mesra SMJ mengikut tempoh yang ditetapkan.

Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Mesra SMJ, Jawatankuasa Pemantauan, dan Jawatankuasa Teknikal sentiasa memantau dan memastikan agar kontraktor dapat menyiapkan Rumah Mesra SMJ mengikut jadual dan tempoh yang ditetapkan.

Selain itu pihaknya juga mengambil maklum berkaitan cadangan untuk penilaian semua harga Rumah Mesra SMJ khususnya dari segi kos pengangkutan bahan binaan.

 

oleh

Siti Aisyah Narudin/Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top