Tiada Dendam, GRS Hanya Utamakan Kepentingan Rakyat – Hajiji

hajiji-1.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata pihaknya tidak menyimpan dendam terhadap parti politik di negeri itu.

Beliau berkata, sebarang tindakan dilakukan GRS selama ini demi kepentingan rakyat Sabah.

Dalam politik ini janganlah ada dendam, paling penting kepentingan rakyat dan negeri.

Tujuan pemimpin-pemimpin ialah supaya fokus kepada penyatuan rakyat, perpaduan selain pembangunan negeri supaya aktiviti ekonomi bertambah rancak sekali gus rakyat akan mendapat manfaat,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis seminar Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa

Hajiji berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau sedia bekerjasama dengan parti lain dalam membangunkan Sabah menerusi kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Hajiji menyambut baik sokongan dinyatakan Barisan Nasional (BN) pusat kepada beliau sebagai ketua menteri.

Baguslah, ini bermakna bahawa kerajaan negeri akan bertambah kukuh dalam konsep kerajaan perpaduan yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan belum ada sebarang rundingan diadakan antara GRS dengan BN Sabah setakat ini.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top