Tiada cadangan bina lapangan terbang baharu di Sabah – Loke

anthony-loke.jpg

Anthony Loke (gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tiada cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Sabah, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sebaliknya, beliau berkata, perancangan Kementerian Pengangkutan pada masa ini ialah mencari kaedah untuk mengoptimum sepenuhnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) memandangkan pembinaan baharu melibatkan peruntukan besar.

“Cadangan untuk pembinaan lapangan terbang baharu di Sabah itu ia jauh dari Kota Kinabalu. Saya rasa 40 hingga 50 kilometer dari Kota Kinabalu.

“Yang ada di Kota Kinabalu (KKIA) ketika ini agak strategik sebab dekat dengan pusat bandar raya tapi kekangannya ialah bagaimana kita lihat terminal dan landasan itu boleh dipanjangkan atau diperbesar dan untuk optimumkan semula Terminal 2 KKIA, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini, bagi menjawab celahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) sama ada terdapat cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di negeri berkenaan.

Loke berkata, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga mempertimbang cadangan menaik taraf Terminal 1 KKIA untuk membolehkan pengendalian penumpang ditingkatkan daripada 9 juta penumpang kepada 12 juta penumpang setahun, bagi mengatasi isu kesesakan.

Sebelum ini, media melaporkan pembinaan lapangan terbang baharu Sabah di Kimanis akan mengambil masa tiga hingga lima tahun sebaik kerajaan negeri meluluskan pemindahan semula KKIA ke satu tempat di utara Sabah.

Dilaporkan, Qhazanah Sabah Bhd (QSB), cabang pelaburan strategik kerajaan Sabah, juga menjangka pemindahan KKIA akan dimulakan pada 2030, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi rakyat di negeri itu.

Dalam pada itu, Loke berkata, inisiatif FLYsiswa iaitu bantuan subsidi tiket penerbangan untuk pelajar yang layak bagi perjalanan ke Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan akan diteruskan pada tahun hadapan dan dijangka memberi manfaat kepada hampir 60,000 pelajar.

Berhubung cadangan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman supaya kekerapan penerbangan ke pulau bebas cukai itu ditambah, beliau berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengadakan perbincangan bersama syarikat penerbangan termasuk Batik Airlines untuk menambah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Labuan.

Sebagai respons kepada cadangan supaya diwujudkan penerbangan antarabangsa terus ke Sandakan, Sabah, Loke berkata, kementerian itu tiada masalah untuk mengadakan penerbangan terus ke mana-mana lapangan terbang kerana negara mengamalkan dasar langit terbuka.

“Mana-mana lapangan terbang yang mampu menerima pesawat-pesawat komersial boleh terus dapatkan penerbangan berkenaan. Perkara ini merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan sekiranya terdapat permintaan,” katanya. – BERNAMAKUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tiada cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Sabah, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sebaliknya, beliau berkata, perancangan Kementerian Pengangkutan pada masa ini ialah mencari kaedah untuk mengoptimum sepenuhnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) memandangkan pembinaan baharu melibatkan peruntukan besar.

“Cadangan untuk pembinaan lapangan terbang baharu di Sabah itu ia jauh dari Kota Kinabalu. Saya rasa 40 hingga 50 kilometer dari Kota Kinabalu.

“Yang ada di Kota Kinabalu (KKIA) ketika ini agak strategik sebab dekat dengan pusat bandar raya tapi kekangannya ialah bagaimana kita lihat terminal dan landasan itu boleh dipanjangkan atau diperbesar dan untuk optimumkan semula Terminal 2 KKIA, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Isnin, bagi menjawab celahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) sama ada terdapat cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di negeri berkenaan.

Loke berkata, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga mempertimbang cadangan menaik taraf Terminal 1 KKIA untuk membolehkan pengendalian penumpang ditingkatkan daripada 9 juta penumpang kepada 12 juta penumpang setahun, bagi mengatasi isu kesesakan.

Sebelum ini, media melaporkan pembinaan lapangan terbang baharu Sabah di Kimanis akan mengambil masa tiga hingga lima tahun sebaik kerajaan negeri meluluskan pemindahan semula KKIA ke satu tempat di utara Sabah.

Dilaporkan, Qhazanah Sabah Bhd (QSB), cabang pelaburan strategik kerajaan Sabah, juga menjangka pemindahan KKIA akan dimulakan pada 2030, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi rakyat di negeri itu.

Dalam pada itu, Loke berkata, inisiatif FLYsiswa iaitu bantuan subsidi tiket penerbangan untuk pelajar yang layak bagi perjalanan ke Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan akan diteruskan pada tahun hadapan dan dijangka memberi manfaat kepada hampir 60,000 pelajar.

Berhubung cadangan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman supaya kekerapan penerbangan ke pulau bebas cukai itu ditambah, beliau berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengadakan perbincangan bersama syarikat penerbangan termasuk Batik Airlines untuk menambah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Labuan.

Sebagai respons kepada cadangan supaya diwujudkan penerbangan antarabangsa terus ke Sandakan, Sabah, Loke berkata, kementerian itu tiada masalah untuk mengadakan penerbangan terus ke mana-mana lapangan terbang kerana negara mengamalkan dasar langit terbuka.

“Mana-mana lapangan terbang yang mampu menerima pesawat-pesawat komersial boleh terus dapatkan penerbangan berkenaan. Perkara ini merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan sekiranya terdapat permintaan,” katanya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top