Tiada Bazar Ramadan Di Sabah Tahun Ini – Masidi

bazar-1-696x433-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti Bazar Ramadan di Sabah sempena Ramadan tahun ini.

Walaupun aktiviti itu dibenarkan di peringkat persekutuan namun, kerajaan Sabah mengambil pendekatan berbeza susulan peningkatan kes harian Covid-19 di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keadaan kes Covid-19 di negeri Sabah yang masih belum stabil dan telah wujud beberapa kluster baharu akibat penganjuran majlis sosial dan keramaian.

Di samping itu, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini juga masih rendah.

Setakat ini, sebanyak 55,294 kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Sabah dengan 399 kes kematian. Semalam, sebanyak 60 kes baharu Covid-19 dilaporkan.

Di peringkat Persekutuan, aktiviti bazar Ramadan dibenarkan untuk dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang lebih ketat dan kemas.- UTUSAN ONLINE

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top