Tiada ancaman tsunami di Kota Belud, siren berbunyi mungkin masalah teknikal

tsunami-sign.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Tiada amaran sebarang amaran tsunami dikeluarkan untuk kawasan Kota Belud, Sabah, buat masa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, pihaknya mendapat maklumat berkenaan siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang terletak di kawasan Masjid Imam Hj Mustapah, Kota Belud berbunyi pada awal pagi tadi.

“Kejadian itu dikhuatiri berlaku kerana masalah teknikal dan tindakan sewajarnya sedang diambil.

“Met Malaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul susulan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Met Malaysia serta Hotline di talian 1300221638.

 

Berita asal: HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top