‘The Rise of Lion’ Filem Terbitan Sabahan Masuk Pawagam Mulai Jun

filem.jpg

Michelle Xin (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Seri Masidi Manjun.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: The Rise of Lion, sebuah filem terbitan tempatan dijadualkan mula ditayangkan di pawagam di sini pada 2 Jun.

Diterbitkan oleh pengarah dan penerbit filem wanita pertama Sabah, Michelle Xin, filem menelan belanja RM1.5 juta itu menggambarkan rempah ratus kehidupan kumpulan tarian singa di negeri itu.

Michelle Xin berkata, dia memilih jalan cerita rombongan tarian singa kerana ia merupakan budaya unik di Sabah di mana ahli kumpulan itu terdiri daripada berbilang kaum.

The Rise of Lion mengisahkan perjalanan inspirasi seorang anak muda, JJ, mengejar impian tarian singanya di bandar besar Kota Kinabalu. Dia berasal dari kampung terpencil dan semasa zaman kanak-kanaknya, dia telah diilhamkan oleh Master Chen dan pasukan tarian singanya, Ba De.

Dia, bagaimanapun, mendapati bahawa Guru Chen telah meninggal dunia dan Ba De telah kehilangan kegemilangannya.

Pasukan tarian singa itu kini akan diketuai oleh anak perempuan Master Chen, Jia Hui, yang sedang bertungkus-lumus untuk melonjakkan semula nama kumpulan itu.

JJ memutuskan untuk membantunya memulihkan reputasi Ba De dengan menyertai kejohanan tarian singa yang akan datang. JJ mungkin tidak mempunyai pengetahuan tetapi semangat, ketabahan dan budaya Kadazannya berjaya membawa Ba De ke tahap pengalaman tarian singa yang baharu.

Filem itu dibiayai RM500,000 oleh FINAS, manakala selebihnya oleh penaja.

The Rise of Lion ialah filem pertama Xin World Sdn Bhd. Ia dihasilkan, diarahkan dan ditulis oleh pengasasnya, Michelle Xin.

Selain itu, pengarah fotografi tempatan, Timothy Stephen turut terlibat dengan penerbitan filem ini yang menampilkan Ng Jinn Jou sebagai JJ.

Baru-baru ini barisan tenaga produksi utama filem ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, di mana Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Menteri Kewangan Negeri II itu menzahirkan kekagumannya dengan keupayaan pasukan yang terdiri daripada 98 peratus rakyat Sabah itu menghasilkan filem tersebut.

The Rise of Lion merupakan filem yang benar-benar berwajah Malaysia. Walaupun kebanyakan dialognya dituturkan dalam bahasa Cina, namun ia turut melibatkan orang Melayu dan Kadazandusun di dalamnya.

Difahamkan penayangan filem itu juga bertujuan mengumpulkan dana untuk penghidap lupus erythematosus sistemik (SLE), penyakit autoimun di mana sistem imun badan tersilap menyerang tisu sihat di banyak bahagian badan.

Tayangan perdana akan diadakan pada 21 Mei di City Mall dan Masidi dijangka turut hadir.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top