The Return of Chong Kah Kiat?

chong-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas komponen Barisan Nasional, Parti Liberal Demokratik (LDP) akan turut ke gelanggang Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) dengan cita-cita besar, termasuk memberi peluang kepada bekas presidennya, Tan Sri Chong Kah Kiat membuat ‘comeback’.

Parti itu yang berharap menjadi kuasa ketiga, dilaporkan oleh FMT sebagai sedang menimbangkan untuk bertanding sekurang-kurangnya di 40 daripada 73 kerusi Dun yang bakal dipertandingkan.

LDP yakin dengan kembalinya Chong ke gelanggang, peluang parti itu untuk meraih kejayaan lebih cerah.

Chong pernah menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 2001 hingga 2003 ketika sistem penggiliran ketua menteri masih berjalan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRN nanti, Chong memberitahu FMT, “Tunggu, bersabar sekejap. Tunggu (keputusan) mesyuarat SPR.”

Chong kini merupakan presiden kehormat LDP. Beliau melepaskan jawatan presiden pada 2006 bagi memberi peluang kepada Datuk Liew Vui Keong menerajui parti itu. Liew bagaimanapun kemudiannya meninggalkan LDP dan menyertai Warisan, dan beliau sekarang adalah pengerusi tetap parti pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal itu.

Chong memencilkan diri daripada politik selama 11 tahun sebelum muncul berkempen untuk BN semasa PRU14. Bekas Adun Tanjung Kapor itu juga menafikan beliau menyokong Warisan dalam pilihan raya umum tersebut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top