Thailand ‘Halalkan’ Ketum

ketum.jpg
Kongsi Bersama

BANGKOK: Thailand semalam mengeluarkan ketum dari senarai dadah yang berbahaya digunakan di negara ini.

Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata, perubahan tersebut menyaksikan orang awam boleh menggunakan atau menjual ketum secara sah di sisi undang-undang.

Selain itu, Anucha memberitahu, lebih 1,000 tahanan penjara yang didakwa atas kesalahan berkaitan ketum akan dibebaskan.

Kajian yang dilakukan oleh Institut Pembangunan Penyelidikan Thailand menganggarkan peraturan baharu itu dapat menjimatkan kos pendakwaan oleh pihak berkuasa sehingga 1.69 bilion baht (RM2.11 bilion).

Ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa merupakan sebahagian daripada spesies pokok kopi yang sering digunakan di Asia Tenggara dan Papua New Guinea sebagai ubat alternatif merawat penyakit.

Ketum juga dilaporkan terkenal di Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memberi amaran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan ketagihan dan penyalahgunaan.

Daun pokok ketum boleh merangsang reseptor otak sama seperti dadah jenis morfin, cuma kesannya lebih ringan.

Tumbuhan itu sering digunakan oleh penduduk di selatan Thailand sebagai ubat tahan sakit. – AFP


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top