Teruskan Pembinaan CIQ Di Kalabakan, Jangan Halang Ekonomi Sabah Berkembang – Ketua Penerangan BERSATU Sabah

IMG-20220330-WA0002.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah, Khairul Firdaus Datuk Akhbar Khan berkata pelaksanaan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kalabakan, Sabah perlu diteruskan kerana kewujudan pusat itu mampu meningkatkan dan memperluaskan peluang penjanaan ekonomi bagi negeri Sabah dan penduduk setempat.

“Apabila keputusan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan tindakan menarik balik peruntukan bagi pembinaan CIQ itu bagi tahun ini dan tahun hadapan, ia seolah-olah menghalang ekonomi negeri Sabah daripada berkembang pesat.

“Ini kerana pembinaan CIQ membawa banyak faedah terutama darpadai segi peluang perluasan ekonomi penduduk setempat, contohnya dapat dilihat dengan kewujudan CIQ Bukit Kayu Hitam, Kedah dan CIQ di Johor,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Khairul Firdaus, keputusan Kerajaan Persekutuan itu amat mengecewakan rakyat dan seluruh penduduki Sabah.

“Perkara ini amat mengecewakan, sebab kita sedar akan potensi yang bakal dicipta oleh CIQ tersebut, kerana kita tahu negara jiran kita sudah memindahkan ibu negara mereka ke Kalimantan yang mempunyai jumlah penduduk sekitar 20 juta hingga 25 juta, dan mereka juga sudah menyiapkan segala prasarana yang diperlukan,” katanya.

Beliau yang juga yang Ketua BERSATU Bahagian Batu Sapi turut menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan perlu meneliti semula perkara ituu dan tidak mensia-siakan peluang yang bakal wujud kelak.

“Tidak ada satu alasan munasabah pun untuk tidak meneruskan projek pembinaan CIQ ini, kerana pembinaannya akan mewujudkan pelbagai sektor dan membuka peluang-peluang baharu, baik dari segi keperluan tenaga kerja, perkembangan sektor pelancongan, peluang ekonomi dan perdagangan bukan sahaja kepada Sabah tetapi juga kepada Malaysia umumnya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Khairul Firdaus turut menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk telus dan berlaku adil kepada rakyat Sabah kerana rakyat negeri imi memerlukan usaha-usaha dan suntikan semangat serta dana untuk membangun dan berkembang maju.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top