Teruskan beri sokongan kepada GRS – LDP

LDP-GRS.jpg

Sim Fui menerima cendera kenangan daripada Chong (tiga kiri) selepas majlis berkenaan.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Rakyat Sabah perlu terus memberikan sokongan padu kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi melancarkan usaha tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Sim Fui berkata, tuntutan hasil cukai bersih 40 peratus perlu direalisasikan daripada kerajaan Persekutuan.

“Sebagai ahli LDP, kita mempunyai tanggungjawab untuk menyokong serta memperkasakan kepimpinan GRS.

“Dengan sokongan padu daripada semua ahli, sudah pasti kita mampu menghadapi pelbagai cabaran yang ada,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung bersama Bahagian LDP Sandakan 2024, di sini kelmarin.

Beliau menghargai atas jemputan berkenaan yang dihadiri sejumlah 120 ahli LDP dari Bahagian Sekong, Sungai Sibuga, Elopura dan Tanjung Papat.

“Kehadiran anda semua membuktikan komitmen serta dedikasi terhadap perjuangan kita dalam parti.

“LDP juga memberikan sokongan penuh kepada usaha GRS dalam mempertahankan kepimpinan dan kerajaan hari ini.

“Kepimpinan yang stabil adalah kunci kepada kemakmuran serta kesejaterahan Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Sim Fui menyifatkan perhimpunan yang diadakan itu adalah platform penting bagi memperkukuhkan semangat kesatuan dan perpaduan dalam kalangan ahli parti.

Beliau yakin dengan semangat kesatuan dan kerjasama, LDP mampu mencapai kejayaan yang lebih besar, sekali gus membawa perubahan positif dalam kalangan masyarakat serta Sabah keseluruhannya.

Sementara itu, Ketua Bahagian LDP Sandakan merangkap Naib Presiden LDP, Chong Thien Ming berkata, semua ahli parti dimohon untuk terus kekal bersatu bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“LDP mewakili GRS dan kita perlu memberikan sokongan penuh kepada calon-calon GRS yang diumumkan pemimpin utama GRS.

“LDP juga memohon untuk bertanding di salah satu kerusi di Sandakan dan Batu Sapi daripada kepimpinan GRS.

“Bagaimanapun, LDP akan menghormati apa juga keputusan yang dicapai nanti,” katanya.

Menurutnya, kesatuan dalam kalangan ahli LDP dan komponen GRS perlu diteruskan agar bersama-sama mampu memenangi PRN dengan lebih gagah. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top