Terus bersatu, menangkan GRS pada PRN17

Dr-Joachim-1.jpg

Datuk Seri Dr. Joachim

Kongsi Bersama

RANAU: Timbalan Ketua Menteri yang juga ADUN Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyeru semua rakyat terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang agar terus bersatu untuk memenangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Katanya, ini penting bagi memastikan agenda pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan GRS dapat dilaksanakan secara berterusan dan hasilnya terus dinikmati oleh rakyat.

“Walaupun banyak yang telah dilaksanakan dan dinikmati oleh rakyat termasuk di Kundasang, perjuangan kita belum selesai,” katanya ketika berucap pada Majlis Kaamatan dan Hari Raya peringkat Mukim Pinawantai, di Balai Raya Kg Pinawantai, Sabtu lalu.

Dr. Joachim yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menerangkan kepada penduduk mukim tersebut tentang kerjasama politik antara PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) yang sekaligus turut memperkuatkan lagi GRS.

“Kita juga akan terus menuntut hak-hak kita seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” jelas beliau, sambil mengingatkan pemimpin semua peringkat di DUN Kundasang untuk terus bekerja dan mendekati rakyat di akar umbi.

Ini termasuk mengenal pasti mana-mana rakyat yang tergolong dalam kategori miskin tegar untuk diberikan bantuan.

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, beliau akan sentiasa memantau entiti di bawah Kementeriannya seperti ketua-ketua adat melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Beliau turut berterima kasih dan tahniah kepada Ketua Kampung Tarawas selaku Pengerusi Penganjur, Samiun Kiting; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani serta kakitangan UPPM, atas kejayaan menganjurkan majlis tersebut.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gompoyo, Ketua- ketua Daerah, OKK Muhasip Haji Roman dan OKK Dominic Ganie; Ketua-ketua Anak Negeri (KAN) , Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), dan Ketua-ketua kampung. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top