Terus Berbakti, Terus Melangkah – SSK

SSK2-1.jpg
Kongsi Bersama

1. Alhamdulillah setelah dua minggu kita berkempen dengan bertemu dan berkongsi impian serta aspirasi saya bersama anda semua, selesai sudahlah Pilihan Raya Negeri Sabah pada tahun 2020 ini yang berjalan dengan sangat lancar dan tanpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi saya di N10 Usukan kerana meletakkan kepercayaan serta harapan anda semua kepada saya.

3. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua jentera Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang sama-sama bekerja keras siang dan malam untuk memastikan kemenangan milik Barisan Nasional di Usukan.

4. Insya-Allah saya tidak akan mensia-siakan kepercayaan dan harapan yang diberikan kepada saya kali ini.

5. Setinggi tahniah juga kepada Gabungan Rakyat Sabah dengan kerjasama Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah yang sama-sama bekerja keras siang dan malam, dan merealisasikan impian Ubah Balik di negeri Sabah.

6. Rakyat Sabah telah memberikan mandat dan kepercayaan, maka sekarang kita perlu terus berbakti dan berkhidmat untuk Sabah dan rakyatnya.

7. Secara peribadi pula, saya akan menyambung khidmat saya kepada semua di Usukan khususnya dan Kota Belud amnya, sepertimana yang pernah saya laksanakan bertahun-tahun dahulu sebagai ADUN Usukan dan Ahli Parlimen Kota Belud.

8. Saya juga akan terus bertemu anda semua secara peribadi seperti mana yang saya lakukan sejak beberapa minggu ini. Janganlah segan silu untuk bertegur sapa dan marilah kita bersama-sama membangunkan Usukan dari segi fizikal dan juga minda, kerana tanpa kedua-duanya, kita akan menghadapi kesukaran untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

9. Saya akan #TerusBerbakti dan #TerusMelangkah. Terima kasih Usukan, dan terima kasih Sabah.

 

Tulisan di atas dipetik sepenuhnya dari blog Datuk Seri Dr Salleh Tun Said.  Blog itu boleh dilayari di sini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top