Terlalu Awal Nyata PRN Johor Penanda Aras PRU-15 – PM

ismail-sabri-2.jpg
Kongsi Bersama

BERA: Terlalu awal untuk menyatakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai penanda aras Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ramai pihak beranggapan bahawa PRN Johor boleh dijadikan penanda aras PRU-15.

“Kita kena lihat dulu (penanda aras PRU-15), PRN Johor belum pun bermula,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad semalam mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN untuk memberi laluan kepada PRN Johor.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan.

“Saya minta Kementerian Kesihatan menyediakan cadangan (SOP) untuk saya bawa dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. – Utusan Malaysia

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top