Terima Kasih Rakyat Sabah – Dr Jeffery

dr-jeffrey.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU; Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr Jeefrey Kitingan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih untuk menolak kerajaan pimpinan Warisan dan berpihak kepada gabungan GRS dalam pilihan raya Negeri yang baru saja berakhir.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri II menyifatkan kemenangan GRS itu sebagaj kemenangan rakyat.

“Tahniah kepada rakyat Sabah kerana telah keluar untuk menggunakan hak perlembagaan mereka bagi memilih kerajaan mereka sendiri, walaupun terdapat ancaman COVID-19 yang masih menjejaskan negeri ini dan dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Jeffrey juga merakamkan penghargannya gr kepada rakyat Sabah yang membuat perjalanan jauh dari Tanah Melayu dan Sarawak untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu.

” Tanpa sokongan tegas dan kepercayaan anda kepada kami, kerajaan baru ini tidak akan berada di sini hari ini. Dari lubuk hati saya,, saya mengucapkan terima kasih.

” Saya yakin bahawa pemerintahan baru ini akan berupaya memperbaiki kerosakan yang dilakukan terhadap ekonomi dan perpaduan kita, seperti yang dijanjikan,” ujarnya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top