“Terima Kasih PAS Sabah” – Hajiji

hajiji-di-PBS.jpg

Gambar fail.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: “Terima kasih PAS Sabah,” itu catatan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam satu hantaran di laman Facebook beliau semalam.

Catatan itu merupakan penghargaan kepada keputusan PAS Sabah tidak meletakkan calon pada PRU15 dan menyatakan sokongan kepada calon-calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN).

Hajiji yang merupakan GRS menyambut baik keputusan PAS Sabah itu dan menyifatkan tindakan PAS Sabah mengarahkan ahli dan penyokongnya memberikan sokongan kepada mana-mana calon GRS-BN sebagai sesuatu yang signifikan dalam memastikan kemenangan GRS-BN.

“Solidariti atas semangat penyatuan nasional PAS Sabah ini amat signifikan dalam memastikan kemenangan kita pada PRU-15,” kata Hajiji dalam hantarannya.

Kelmarin, PAS Sabah menerusi setiausahanya, Dr. Aliakbar Gulasan mengumumkan keputusan parti itu yang dibuat melalui satu mesyuarat antara PAS Sabah dan pimpinan utama PAS Pusat.

Keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kedudukan PAS sebagai rakan gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Perikatan Nasional (PN) di Semenanjung.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top