Terima gelaran ‘Datuk’: CEC DAP akan tentukan tindakan terhadap Chan dan Phoong

Chan-n-Phoong.jpg

Datuk Chan Fong Hin dan Datuk Phoong Jin Zhe

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Apakah tindakan yang akan diambil terhadap dua pemimpin DAP Sabah yang menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk semalam akan ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Loke dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata beliau telah menasihatkan kedua-dua pemimpin DAP Sabah itu supaya tidak melanggar dasar parti yang menetapkan ahlinya hanya boleh menerima gelaran dan anugerah selepas bersara dan tidak lagi aktif berpolitik.

“Tanpa mengemukakan sebarang permohonan, Chan berkata kedua-dua nama telah diwartakan dalam senarai anugerah. Mereka telah melanggar dasar parti dengan menerima anugerah itu,” kata Loke dipetik portal berita itu.

“Oleh itu, perkara itu akan dirujuk dan dibincangkan pada mesyuarat CEC akan datang.”

Semalam Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Fong Hin and Setiausaha DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe telah menerima darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang dikurniakan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Sebelum ini, Chan mengakui telah melanggar peraturan parti dengan menerima gelaran itu, tetapi berkata beliau berbuat demikian untuk menghormati TYT Sabah.

Beliau kemudian berkata akan menyerahkan kepada parti untuk memutuskan sama ada beliau perlu dihukum.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top