Tenom Dilanda Banjir

tenom-banjir.jpg
Kongsi Bersama

TENOM: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah telah diaktifkan pagi ini selepas beberapa buah kampung dinaiki air banjir, lapor Warta Oriental.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom sedang menjalankan operasi pemindahan mangsa-mangss banjir di Kampung Batu 6 Sapong, Tenom.

Operasi diketuai Pegawai Operasi, PBK II (KUP) Shahril Sulaiman yang bergegas ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 6.46 pagi tadi.

Seramai lapan orang termasuk tiga kanak-kanak telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Sementara itu, Jalan Tenom – Kuala Tomani juga terputus pada jam 5 pagi dan tidak boleh dilalui, lapor syarikat konsesi jalan raya Globinaco.

Para pengguna dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Kuala Tomani – Marrais, Jalan Kalibatang Baru dan Jalan Marais.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top