Tengku Azlan Kembali Sertai UMNO

tengku-azlan.jpg
Kongsi Bersama

KUANTAN: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Temerloh, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar meletak jawatan daripada parti berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Beliau membuat keputusan kembali ke pangkuan UMNO kerana yakin parti keramat itu menjadi tunjang perjuangan orang Melayu dan Islam.

Dalam kenyataannya, Tengku Azlan mengucapkan terima kasih kepada ahli dan perwakilan Bersatu Bahagian Temerloh kerana memilihnya pada pemilihan parti itu yang lalu.

Ekoran perletakan jawatannya dari Bersatu, Tengku Azlan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan memilih menjadi Ahli UMNO Bahagian Paya Besar.

“Saya mengucapkan teirma kasih kepada Ketua UMNO Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman kerana sudi menerima saya sebagai ahli UMNO bahagian ini,” katanya.

Beliau dalam pada itu menyokong pendirian Wan Rosdy dalam isu perlembagaan baru-baru ini yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Sebagai rakyat, kita mesti mempertahan perlembagaan tanpa mengira fahaman politik.

“Kita seharusnya mendokong demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan seperti termaktub dalam Rukun Negara sesungguhnya Perlembagaan adalah institusi tertinggi dalam negara,” katanya.

Dilahirkan pada 21 Julai 1949, Tengku Azlan ialah bekas Ahli Parlimen Jerantut (1999 hingga 2013) dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan serta Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top