Tempoh tujuh hari untuk kemuka surat kelulusan melombong, jika gagal jalan ke kilang akan ditutup

penduduk-vs-lombong-haram.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU : Lima penduduk Kampung Balung Kokos Tawau membuat laporan polis memberikan tempoh tujuh hari kepada pihak syarikat terbabit mengemukakan surat kelulusan melombong daripada Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Salah seorang wakil penduduknya, Sabry Kensie berkata, sekiranya dalam tempoh tersebut surat kelulusan gagal dikemukakan penduduk kampung tidak akan membenarkan lori tangki minyak milik syarikat berkenaan melalui jalan utama kampung mereka.

Katanya, penduduk kampung tidak ingin bersengkokol dengan melakukan aktiviti haram oleh syarikat terbabit sekali gus menggesa agar syarikat itu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Hari ini kami mewakili penduduk Kampung Kokos membuat laporan polis agar memaklumkan tindakan yang diambil oleh penduduk Kampung Balung Kokos Tawau sekiranya syarikat berkenaan gagal mengemukakan surat kelulusan.

“Kami hanya akan memberikan kerjasama dengan jabatan kerajaan yang membenarkan aktivti perlombongan tersebut sekiranya syarikat terbabit memiliki kelulusan aktiviti melombong iaitu Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA),” katanya kepada Sabah News Today semalam.

Sabry berkata, setakat ini syarikat terbabit secara haram tanpa mempunyai kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) serta kelulusan Operational Mining Scheme (OMS) daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Dalam tempoh tujuh hari ini syarikat terbabit perlu menunjukkan surat kelulusan kebenaran melombong…Jika gagal mereka tidak boleh melalui jalan kampung ini lagi.

“Laporan polis kami telah buat hari ini di Balai Polis Bandar Sri Indah Tawau bagi memaklumkan polis berkaitan kegiatan perlombongan haram serta akan bertindak menutup jalan utama dalam tempoh tujuh hari sekiranya mereka gagal kemukakan surat kelulusan berkenaan,” jelas Sabry.

 

Sumber/berita asal: Sabah News Today (SNT)

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top