Jika semuanya berjalan seperti dirancang Dubai akan menikmati perkhidmatan teksi udaranya yang pertama pada tahun 2026.
Walau bagaimanapun beberapa operasinya mungkin bermula seawal tahun depan.
Joby Aviaton, syarikat yang berpangkala di California mengumumkan pada Ahad minggu lepas bahawa pihaknya telah menerima lesen untuk menawarkan perkhidmatan teksi terbang di Dubai bermula 2025 secara eksklusif selama enam tahun.
Bagi pelancaran perkhidmatan teksi udara di Dubai, Joby berkata beberapa lokasi telah dikenal pasti sebagai zon berlepas dan mendarat untuk perkhidmatan itu, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB), Palm Jumeirah, Dubai Marina dan Dubai Downtown.
Teksi eVTOL Joby Aero boleh membawa empat penumpang dan seorang juruterbang.
Perjalanan dari DXB menggunakan teksi terbang ke Palm Jumeirah akan hanya mengambil masa 10 minit berbanding 45 minit menggunakan kereta.
Setiap satu teksi boleh terbang sehingga 250 km dengan kelajuan maksimum 322 kmj.
Joby dipilih walaupun Volocopter ialah syarikat pertama yang melakukan ujian penerbang di Dubai pada tahun 2017.