Tawaran kerjasama Warisan usaha pecah belahkan GRS – PBS

dr-joachim.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) percaya pelawaan kerjasama daripada Warisan menjelang PRN akan datang adalah cubaan untuk memecah belahkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pemangku presiden parti itu, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata, PBS telah pun memberikan komitmen untuk bersama GRS sejak hari pertama ditubuhkan dan akan terus bersama dengan gabungan itu.

Joachim Gunsalam berkata PBS sudah beri komitmen untuk bersama GRS sejak hari pertama dan akan terus bersama gabungan itu.

“Biarpun tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan namun, pada saat ini, komitmen PBS adalah bersama-sama dengan GRS,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Naib Presiden Warisan Terrence Siambun dan Ketua Penerangan Warisan Datuk Azis Jamman menyatakan Warisan ingin bekerjasama dengan PBS dan STAR, tetapi tidak mahu bekerjasama dengan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), parti yang menjadi tonggak GRS.

GRS dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dianggotai oleh lapan parti, termasuk PBS dan STAR. Hajiji juga merupakan presiden Gagasan Rakyat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top