Task Force Dibentuk Pantau Pusat Beli Belah Sekitar Kota Kinabalu

shopping.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pemantauan terhadap pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan ramai menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dijalankan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 terus terputus.

Task Force yang bermula pada 09 Mei 2021 diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah dan telah menumpukan beberapa buah pusat membeli-belah utama di Bandaraya Kota Kinabalu antaranya IMAGO, Wisma Merdeka dan One Borneo.

Dalam satu kenyataan hari ini, pemantauan juga dilakukan kepada Pasar Besar, Pasar Kraftangan dan Lintas Square.

Pemantauan ini dijangka berakhir pada 13 Mei 2021. Task Force Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ini digerakkan antara fokus utamanya adalah bagi memantau penugasan Pasukan Pemantau IPD Kota Kinabalu supaya memastikan penugasan oleh pasukan pemantau dilaksanakan dengan penuh komited.

Selain itu juga, ianya bagi memastikan orang awam mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nasihat, teguran juga amaran telah diberikan kepada orang awam yang tidak mematuhi SOP, manakala kompaun dikenakan kepada mereka yang sengaja melanggar SOP tersebut.

Semoga usaha ini akan dapat membantu pihak kerajaan dalam sama-sama memerangi wabak COVID-19 yang membimbangkan. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top