Tanding Di Johor Persediaan Hadapi PRU15 – Shafie

shafie.jpg

Mohd Shafie turut turun padang membantu kempen calon Warisan di Pekan Nanas pada Isnin.

Kongsi Bersama

JOHOR BHARU: Langkah Parti Warisan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan persediaan Warisan untuk mengambil alih kerajaan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, masalah negara yang semakin meruncing memerlukan satu sistem tadbir urus yang lebih baik beranding yang berlaku sekarang.

Misalnya di Johor ini, isu rakyat Malaysia terkandas di Singapura sejak pandemik Covid-19 melanda masih belum berjaya diselesaikan. Penyelesaian itu memerlukan satu dasar di peringkat nasional atau Putrajaya.

Jika tiada hubungan Putrajaya dengan Singapura maka, lebih lama lagi rakyat Johor terkandas di Singapura.

“Itu sebabnya kita mahu memastikan perubahan kerajaan di peringkat nasional dapat direalisasikan. Apa yang berlaku pada UMNO sekarang, mereka sudah berpecah dengan kumpulan tertentu yang ingin menjadi Perdana Menteri, ada kluster mahkamah dan ada juga yang mahu kekal sebagai Perdana Menteri.

“Ini menjadi perkara pokok yang kita mahu perjuangkan kerana tiada jaminan negara akan stabil di bawah BN yang sudah memerintah berpuluh tahun.

“Saya tahu memang ada kemajuan tapi bukannya kita meletakkan kepada parti sebaliknya, kita lihat kepada barisan kepimpinan,” katanya dalam sidang media di Pekan Nanas kelmarin.

Mohd Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna itu berkata, kepimpinan parti sudah berubah kerana dahulu semasa pemerintahan Tuanku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn dan Tun Mahathir Mohamad yang dilihat membawa negara di hormati di mata dunia dan Asia.

Walau bagaimanapun sekarang UMNO semakin gagal menyelesaikan isu-su semasa seperti peningkatan harga barangan. Biarpun hasil negara meningkat tapi kehidupan rakyat masih sengsara dengan tiada pekerjaaan dan ada yang kehilangan rumah dan kereta akibat dibuang kerja semasa pandemik.

Menurut Mohd Shafie, reform dalam pentadbiran negara perlu dilakukan bagi meletakkan Malaysia kembali menjadi tumpuan pelabur di rantau Asia.

“Sebab itu penting bagi kita melakukan persediaan untuk sampai ke Putrajaya pada PRU15.

“Ketika ini taktik BN mengadakan PRN di peringkat negeri kerana ingin mengukuhkan kedudukan mereka dan situasi itu menyebabkan negara terpaksa berbelanja jutaan ringgit untuk mengadakan PRN.

“Sekiranya tujuan mereka mahu kestabilan kerajaan maka, bubarlah Parlimen untuk mengadakan PRU15 dan bukan bubar dari negeri ke negeri. Ini akan menjejaskan kewangan negara serta kesihatan rakyat,” ujarnya. – Borneo Today

 

Foto: Sinar Harian


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top