Tanda Sirim: Kerajaan Mahu Kaut Untungkah? Tanya Azis Jamman

azis-jamman.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Walaupun kerajaan sudah menangguhkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka bukan perubatan tanpa ada penandaan SIRIM, namun, masih timbul rasa tidak puas hati berhubung niat kerajaan ketika negara dalam peralihan ke endemik.

Menurut Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Sepanggar dari Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, adalah pelik kerana sepanjang negara berdepan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu, kerajaan langsung tidak terfikir untuk menguatkuasakannya.

Beliau turut mempersoalkan jika kerajaan berhasrat mahu mengambil kesempatan atau tujuan mengaut untung ketika keadaan ekonomi rakyat dalam proses pemulihan.

“Semasa awal pandemik tiada keperluan pun penandaan SIRIM ini. Mengapa saat kita semua sedang beralih ke endemik hal ini terjadi pula? Jadi, tidak perlulah laksanakan, selagi kita memakai pelitup muka dengan kaedah yang betul walaupun tanpa ada tanda SIRIM, itu sudah cukup.

“Kalaupun kerajaan mahu meletakkan SIRIM tanpa melibatkan sebarang kos, ini tiada masalah. Tetapi kalau benar melibatkan kos, ini yang kerajaan harus pertimbangkan kerana situasi rakyat sekarang masih sukar menjalani kehidupan,” katanya pada Jumaat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top