Tanah Runtuh Di Taman Kinabalu: Sabah Akan Mohon Peruntukan Pusat

tanah-runtuh1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan memohon peruntukan daripada kerajaan pusat untuk membaiki kawasan tempat letak kereta di Taman Kinabalu, Kundasang yang runtuh kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata walaupun ia tidak melibatkan jalan utama antara  Kota Kinabalu ke Ranau,namun kesan jangka panjang  runtuhan tersebut jika tidak diperbaiki segera boleh menjejaskan jalan utama.

“Kementerian Kerja Raya Sabah  akan memohon peruntukan daripada kerajaan pusat bagi membaiki runtuhan ini di mana kita akan menyediakan anggaran kos peruntukan untuk kerja kerja pembaikan ini untuk dikemukakan  kepada kerajaan pusat “ katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata walaupun runtuhan ini tidak melibatkan jalan utama yang merupakan jalan persekutuan, namun kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan segara kerana kawasan ini menjadi tumpuan pelancong dan menjadi tempat meletakkan kenderaan bagi pengunjung yang ingin melawat Taman Kinabalu.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai tanah runtuh yang melibatkan Jalan Paitan ke Kinabungan yang turut melibatkan runtuhan pada bangunan Loji Rawatan Air Paitan, Bung Moktar berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menggunakan peruntukan kecemasan untuk memperbaiki jalan berkenaan.

“Setakat ini laporan yang saya terima  hanya  bangunan kuarters loji air menggelongsor akibat runtuhan tersebut sementara bangunan Loji Rawatan Air masih boleh berfungsi,” katanya

Pengarah Jabatan Air Sabah Edward Lingkapo pula ketika dihubungi  berkata pihak jabatan sedang melakukan siasatan  dan menunggu  laporan terperinci berhubung kejadian tersebut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top