Tanah Runtuh Di Skim Penempatan Telipok, Penduduk Diarah Pindah

Tanah-runtuh.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Hujan lebat yang berterusan sepanjang hari sejak semalam mengakibatkan satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Skim Penempatan Telipok dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Agustavia Joe Guasi berkata, sebanyak lima rumah di kawasan terbabit musnah akibat dari kejadian tanah runtuh itu.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.59 pagi melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999.

Susulan itu, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan dan melibatkan kerosakan pada lima rumah.

“Pasukan bomba kemudiannya menasihati pemilik rumah untuk mengosongkan kawasan berkenaan dan berpindah ke tempat selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Utusan Borneo melaporkan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 8.45 pagi.

Bagaimanapun pihak bomba akan terus memantau keadaan keselamatan di kawasan terbabit.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top