Tanah runtuh di kaki Gunung Kinabalu

Kinabalu-runtuh-1.jpg

Sumber foto: Orang awam/Bernama

Kongsi Bersama

RANAU: Kejadian tanah runtuh berlaku di kaki Gunung Kinabalu sekitar Mesilou, Kundasang di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata tiada kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kejadian itu.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergerak ke tempat kejadian dan pemantauan masih dilakukan hingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketua BBP Ranau Ridwan Mohd Taib berkata pemantauan bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dijalankan berhampiran lokasi runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.

Dalam pada itu seorang pemilik inap desa di Mesilou Ahmad Raqif Hamzali, 47, berkata penduduk di kawasan itu merasai gegaran sekitar 9 hingga 10 pagi.

“Bila lihat macam ada air turun dari atas gunung (Gunung Kinabalu) ke bawah…tetapi kawasan itu jauh dari rumah orang dan kawasan mendaki (laluan mendaki),” katanya.

Menurutnya kejadian itu menyebabkan Sungai Mesilou menjadi keruh dan berlumpur.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top