Tanah Rizab Padang Ternakan ‘Diragut’, Dakwa Penduduk Di Kota Belud

Rusidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Tanah rizab padang ragut Kuala Pintasan dekat sini seluas 364ha milik lebih 1,000 penduduk di kampung itu dipindah milik, digerankan dan bakal dimajukan oleh sebuah syarikat bukan Bumiputera tanpa pengetahuan mereka, dakwa pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Labuan, Rusidi Merjin.

Katanya, majlis pecah tanah projek berskala besar membabitkan ladang perikanan dan eko resort di tapak itu dijangka dibuat pada 29 Mei ini.

“Tapak khas dianggarkan seluas 0.2ha yang didakwa merupakan lokasi majlis pecah tanah projek itu sedang giat disiapkan oleh pemaju terbabit.

Tapak seluas kira-kira 0.2ha yang didakwa merupakan lokasi majlis pecah tanah projek berskala besar membabitkan ladang perikanan dan eko resort pada 29 Mei ini sedang giat disiapkan.

“Sehubungan itu, penduduk kampung mendesak campur tangan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor supaya menghalang projek berskala besar itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Rusidi berkata, tanah rizab padang ragut itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri kepada penduduk kampung terbabit pada 2 Feb 1956 untuk kegiatan penternakan lembu dan kerbau.

Bagaimanapun katanya, awal bulan lalu, sebilangan pekebun didatangi sekumpulan lelaki “berlagak samseng” yang mengarahkan mereka supaya mengosongkan kebun masing-masing.

Namun katanya, apabila diminta menunjukkan surat arahan mahkamah sebagai bukti, kumpulan terbabit beredar dari kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak penduduk kampung membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud pada 11 Mei meminta siasatan dilakukan terhadap dalang pengambilan tanah serta pihak yang menceroboh, memproses geran dan membangunkan tanah berkenaan tanpa kebenaran pemegang amanah rizab padang ragut untuk penduduk Kampung Labuan.

Rusidi berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan hampir keseluruhan tanah rizab padang ragut berkenaan dipindah milik dan digerankan atas nama syarikat swasta dan individu.

“Penduduk kampung kecewa kerana kerajaan negeri seolah-olah lebih mengutamakan syarikat besar untuk kelulusan geran sedangkan tuntutan penduduk kampung untuk memiliki dokumen itu tidak dilayan sejak 1963 sehingga kini.

“Mungkin ini ‘hadiah’ Aidilfitri kepada kita. Nasib kami hampir sama dengan penduduk Palestin yang diserang secara zalim menjelang Hari Raya,” katanya. – FMT


Kongsi Bersama

1 Reply to “Tanah Rizab Padang Ternakan ‘Diragut’, Dakwa Penduduk Di Kota Belud”

  1. Jainis bin ahfat says:

    Sama la tu tmpt kami….permintaan…untuk keluar kan. Sedikit tanah yg terpisah dari grzing rezab ragut…untuk perkampungan pun xdapat dari dulu……pelik….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top