Tambunan lahirkan ramai artis antarabangsa

Dr-Jeffrey.jpg

Timbalan Ketua Menteri I yang juga ADUN N.39 Tambunan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan bergambar kenangan pada majlis Grand Final Recital House of Music Arts di Tambunan baru-baru ini.

Kongsi Bersama

TAMBUNAN: Tambunan sudah tidak asing lagi sebagai pusat kelahiran artis-artis antarabangsa.

“Tambunan merupakan kilang seni budaya dan artis-artis seperti penyanyi dan penari telahpun sampai ke peringkat antarabangsa; kita bangga kerana Tambunan sentiasa ada di pentas antarabangsa.

“Kita berharap melalui program seperti latihan, bimbingan dan pertandingan seperti ini akan menonjolkan atau menjadikan Tambunan sebagai pusat kelahiran penyanyi dan artis bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.”

Kitingan menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang,

Demikian kata Timbalan Ketua Menteri I yang juga ADUN N.39 Tambunan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan pada majlis Grand Final Recital House of Music Arts di Tambunan baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu Kitingan berkata terdapat perancangan untuk mendirikan pusat seni budaya di Tambunan dan kini dalam pencarian tapak pembinaan yang sesuai.

“Saya harap ini menjadi kenyataan dalam satu atau dua tahun,” ujarnya.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur Arddley Nicholas, dan berharap persembahan-persembahan seumpama itu akan berkembang maju serta boleh diadakan secara lebih besar seperti di peringkat negeri pada masa akan datang.

Sementara itu Nicholas sebagai Guru Besar, pemilik sekolah House of Music Arts, yang juga merupakan penyanyi, guru muzik dan vokal berkata matlamatnya adalah untuk mengasah dan melahirkan bakat-bakat baahru khususnya dalam seni muzik.

“Dua pelajar telah menerima anugerah markah tertinggi dan pelajar terbaik dalam peperiksaan muzik di peringkat Sabah dan Malaysia.

“Adeola Fay Robert pelajar terbaik Trinity Piano Grade 7, peringkat Sabah dan Audrina Chrissie Bede pelajar terbaik Rockschool Keyboard Grade 5 di peringkat Malaysia,” katanya.

Mengenai program Grand Final Recital House of Music Arts itu Nicholas berkata tujuan ‘recital’ itu diadakan adalah untuk pelajar berkongsi pentas menonjolkan bakat-bakat mereka kepada khalayak umum.

Jelasnya House of Music Arts telah banyak melahirkan pemuzik-pemuzik berbakat, antaranya ialah pemuzik profesional yang menyertai ‘DBKL Orchestra’, sementara yang lain meneruskan pendidikan lanjut ke UPM, ASWARA dan UiTM.

 

Sumber berita dan foto: FB Jeffrey G. Kitingan Page

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top