Tambahan 4,275 Bakul Makanan Lagi Diagihkan Di Sabah

masidi-manjun-fmt-300820-1-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri meneruskan usaha membantu golongan yang terjejas akibat pelaksanaan PKPD di Sabah, dengan tambahan 4,275 lagi bakul makanan diagihkan semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, dengan tambahan itu, setakat ini sejumlah 9,409 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk di daerah terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Setakat ini daerah yang telah menerima bakul makanan adalah Lahad Datu (2,183); Semporna (3,673); Kunak (1,053); Tawau (2,000) dan Sandakan (500).

Katanya, sasaran pengagihan bakul makanan adalah kepada ketua isi rumah (KIR) bagi lokaliti yang diisytiharkan sebagai PKPD dan ketua isi rumah yang diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Masidi berkata, kerajaan negeri berharap agar penduduk Sabah memberikan kerjasama dan mematuhi arahan pelaksanaan PKPB di negeri ini. Ianya merupakan satu tindakan yang perlu dilakukan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Katanya, perkhidmatan perlu (essential services) masih beroperasi dan barang keperluan untuk memenuhi keperluan asas penduduk masih boleh diperoleh seperti biasa.

Beliau berkata, lerajaan negeri akan memastikan agar bekalan makanan dan barangan perlu sentiasa mencukupi. Dalam tempoh pelaksanaan PKPB, aktiviti ekonomi masih berjalan seperti biasa tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan oleh KKM.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top