Tambah bekalan ikan segar ke kawasan luar bandar – David

david-tan-persatuan-pengguna-bijak.jpg

David Chan (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) meminta agar kerajaan menambah bilangan jenis ikan segar untuk dihantar ke kawasan luar bandar.

Pengerusinya, David Chan berkata, setakat ini hanya beberapa jenis ikan segar yang dibekalkan ke kawasan terbabit dan perkara ini dilihat tidak menepati inisiatif kerajaan dalam memberikan bekalan ikan berkualiti yang mencukupi kepada golongan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi program ‘Ikan Rakyat’.

“Berdasarkan pemerhatian, hanya beberapa jenis ikan yang lebih murah, seperti Basung, Lumahan, Kayu, dan Mata Merah dihantar ke kawasan luar bandar.

“Walaupun bekalan ikan ini sampai kepada penduduk yang ada luar bandar, namun keadaan ini menimbulkan persoalan mengapa masyarakat luar bandar tidak menerima bekalan ikan yang lebih berkualiti, seperti Bawal Putih, Tenggiri, dan Kerapu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, semua penduduk berhak mendapatkan akses yang sama terhadap pelbagai pilihan makanan yang berkhasiat termasuklah bekalan ikan yang berkualiti.

“Inisiatif kerajaan perlu diperluas dan tidak terhad kepada beberapa jenis ikan sahaja bagi memastikan masyarakat luar bandar juga boleh menikmati ikan yang lebih berkualiti sama seperti apa yang dinikmati oleh rakyat yang ada di kawasan bandar.

“Pendekatan ini akan menunjukkan komitmen terhadap keadilan dan kesaksamaan, selain mengukuhkan idea bahawa semua rakyat Malaysia, sama ada di bandar atau luar bandar, dihargai secara sama rata,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan melancarkan program ‘Ikan Rakyat’ bagi  membantu golongan berpendapatan rendah mendapat akses yang lebih baik kepada spesies ikan ‘mampu milik’.

Spesies ikan-ikan itu dikenali sebagai ikan basung, lumahan, kayu, ikan mata merah dan lain-lain yang harganya mampu dibeli.

Istilah itu juga merujuk kepada jenis ikan yang sering dimakan oleh majoriti rakyat kerana ia lebih murah dan mudah didapati berbanding jenis-jenis ikan yang lebih mahal seperti ikan salmon dan ikan merah. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top