Tambah baik perkhidmatan, kemudahan di LTAKK – Hajiji

hajiji-loke.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Perkhidmatan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) perlu dinaik taraf dan ditambah baik dengan segera.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan di LTAKK adalah keperluan utama yang perlu dilaksanakan kerana ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di negara ini.

Beliau berkata demikian kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu pertemuan di Menara Kinabalu di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri Komoditi dan Perladangan Datuk Chan Foong Hin, Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt, Ketua DAP Sabah Datuk Frankie Phoon, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang dan Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda.

Terdahulu, Hajiji turut mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman dan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib. – Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top