Taklimat Khas Untuk Ahli Parlimen Sabah & Sarawak Mengenai MA63

taklimat-MA63.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dari blok kerajaan kini lebih memahami misi dan visi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, hasil dari taklimat khas yang diadakan, di sini, pada Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr  Maximus Ongkili menyifatkan sesi perbincangan tersebut sebagai ‘rancak dan membuahkan hasil’.

“Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sangat interaktif dan turut membangkitkan isu dan persoalan yang bukan sahaja berkaitan pembangunan, hal keselamatan, tetapi juga menyentuh kesejahteraan rakyat Sabah dan Sarawak.

“Ia menunjukkan betapa komited para penggubal undang-undang di negara ini untuk memastikan hak Sabah dan Sarawak, serta rakyatnya, dilaksanakan, seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan dan mengetengahkan isu-isu yang dibangkitkan ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak semasa taklimat khas yang berlangsung selama dua jam mengenai MA63 di bangunan Parlimen, di sini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ongkili berkata program serupa akan diadakan di Sabah untuk memberi taklimat kepada para pemimpin blok kerajaan Sabah yang dijadualkan semasa persidangan Bajet 2022 negeri bulan depan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top