Tak Sepatutnya Persalahkan Anwar – AMK Sabah

razeef.jpg

Razeef

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin adalah tidak wajar Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersalahkan sepenuhnya atas kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, ini kerana terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui Anwar tetapi akhirnya Pengerusi PH itu akur dengan kehendak majoriti dari parti Amanah dan DAP.

“Keadilan (PKR) kehilangan dua kerusi yang disandang tetapi DAP kehilangan empat kerusi dan AMANAH kehilangan satu kerusi yang disandang.

“Di sini kita boleh lihat setiap komponen Harapan kehilangan banyak kerusi dan kekalahan ini perlu dipikul bersama.

“Saya menggesa pimpinan daripada DAP, AMANAH dan Keadilan sendiri untuk berhenti menuding jari antara satu sama lain seterusnya duduk bersama bagi membincangkan serta mencari kelemahan sebelum ini untuk diperbaiki.

“Kita perlu faham faktor pentadbiran di peringkat persekutuan antara faktor utama rakyat memilih BN dan Harapan perlu akui,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Tegasnya, para pimpinan PH perlu segera duduk semeja bagi memperkukuhkan kesatuan dimana PH bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-15 tidak lama lagi.

Ujar Razeef lagi, beliau yakin PH mampu mengambil semula pentadbiran negara pada PRU-15 akan datang memandangkan pengundi tidak terikat serta bebas untuk memilih kerajaan yang akan memimpin negara selepas PRU-15.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top