Tak Seorang Pun Ahli Parlimen UMNO Sokong Anwar – Nazri

NAZRI_AZIZ___TOURISM_1536850939.jpg

KUALA LUMPUR 06 JULY 2017. Tourism and Culture Minister, Datuk Seri Nazri Aziz speak during press conference regarding tourism tax that will be implement on 1st August this year. The new tax will be regulated by the Finance Ministry and the Customs Department. NSTP/ HAFIZ SOHAIMI

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, tiada seorang pun daripada 23 ahli Parlimen parti itu yang menyokong rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menolak laporan FMT semalam yang ketegangan tercetus dalam Umno antara ahli Parlimen yang menyokong bekas timbalan perdana menteri itu dan mereka yang menentangnya.

“Tiada apa yang berlaku dalam Umno. Terdapat 23 ahli Parlimen dari Umno. Saya dengan yakin boleh kata kami tidak menyokong inisiatif Anwar.”

Semalam, 3 ahli Parlimen Umno yang enggan dinamakan dilaporkan berkata, ahli Parlimen parti itu berpecah kepada 3 kumpulan: mereka yang menyokong Anwar, menentang dan atas pagar yang belum membuat keputusan.

Bagaimanapun, Nazri berkata: “Selain daripada mereka yang sudah menafikannya secara tegas di media sosial, saya sudah bercakap kepada selebihnya dan mereka mengesahkan mereka tidak menyokong rancangan Anwar.”

Katanya, hanya kerana Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli Parlimen parti itu bebas menyokong sesiapa yang mereka mahu, tidak bermakna mereka menyokong Anwar.

“Ahli Parlimen Umno akan bersatu dan sebarang keputusan yang kami buat adalah secara bersama. Saya menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan orang ramai mengenai pendirian kami (ahli Parlimen Umno) dalam isu ini.”

Bulan lalu, Anwar mengumumkan beliau mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan baru, sebahagiannya daripada Umno. Beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong esok (Selasa). -FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top