Tak Perlu PKPD Seluruh Sabah – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Sabah, setakat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini, PKPD hanya dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri itu, manakala Sabah secara keseluruhannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) memantau setiap hari perkembangan kes COVID-19 di negeri itu.

“Setakat ini, tiada keperluan untuk melaksanakan PKPD (di seluruh Sabah) tapi pada masa akan datang kita tidak tahu lagi,” katanya pada sidang media mengenai PKP di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini sudah ada enam lokaliti yang diletakkan dalam PKPD di Sabah termasuk Semporna dan ia dipantau dengan baik oleh pihak berkuasa.

“Sebagai contoh, di Tawau kita perkemas dari segi pergerakan. Bila PKPD tidak ada langsung pergerakan, tak boleh keluar rumah langsung.

“Kita sekat ikut kaedah setempat. Di Sabah ini daerah dia boleh sama besar dengan negeri. Kalau kita sekat seluruh daerah itu, mungkin ada daerah di kampung-kampung yang yang tak ada kes pun.

“Sebab itu kita sekat dan buat PKPD di lokaliti yang kita dapati kesnya begitu tinggi. Yang lain kita buat secara PKPB dan mereka masih boleh keluar untuk membeli barang makanan dan sebagainya. Walau bagaimanapun KKM memantau setiap hari keadaan kes di kawasan itu,” katanya pada sidang media harian semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top