Tak Perlu Lagi ‘Motosikal Troli’, Penduduk Bakal Dapat Jalan Raya Ke Pekan Tenom

troli-haram.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Program pembangunan Kampung Pangi di Tenom, termasuk laluan jalan raya ke pekan Tenom akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Ali Ahmad Hamid.

Katanya, bagi peringkat permulaan pelaksanaannya, kajian berkenaan laluan jalan raya akan dibuat terlebih dahulu.

“Memang di peringkat JKR, kita melihat semua dan kalau boleh kampung-kampung ini dihubungkan dengan jalan raya utama yang berturap dan Kampung Pangi tidak terkecuali daripada program JKR.

”Kita telah bercadang untuk mengadakan kajian sebab jarak antara pekan Tenom ke Pangi ini sekitar 10 hingga 12km dan kita difahamkan perhubungan yang ada setakat ini adalah menggunakan kereta api. Itu pun operasinya dua kali sehari, iaitu sebelah pagi dan petang. Ini sudah pasti menyukarkan penduduk,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, FMT melaporkan penduduk di Kampung Pangi mencari alternatif sendiri untuk ke pekan Tenom dengan mencipta “motosikal troli” atau “troli haram” yang bergerak menggunakan landasan kereta api.

Kira-kira 500 penduduk di kampung itu mendakwa sukar keluar membeli barang keperluan atau menghantar hasil tanaman kerana tiada laluan kenderaan ke kampung itu. Ia turut menjejaskan tiga kampung lain yang berhampiran.

Ali berkata, terdapat dua kemungkinan laluan bagi pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kampung Pangi dan Pekan Tenom dengan anggaran pembinaannya sekitar RM120 juta hingga RM165 juta.

Tambahnya, berdasarkan kajian awal, laluan di sebelah kiri daripada pekan Tenom ke Kampung Pangi berjarak kira-kira 10km tetapi kosnya dilihat agak tinggi kerana keadaan laluan yang berbukit.

 

Baca seterusnya di: FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top