Tak Perlu ‘Kurung Rakyat’ Yang Belum Divaksin – Macron

france-covid19.jpg
Kongsi Bersama

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan negara itu tidak akan mengikut jejak langkah negara Eropah lain melaksanakan perintah berkurung terhadap rakyat yang belum divaksin.

Menurut Utusan Malaysia, hal ini katanya, Perancis melaksanakan penggunaan pas kesihatan dalam mengekang penyebaran virus Covid-19.

“Negara yang melaksanakan perintah berkurung terhadap rakyat yang belum divaksin adalah negara yang tidak melaksanakan pas kesihatan.

“Sebab itu, langkah tersebut tidak diperlukan di negara ini,” katanya ketika ditemubual akhbar La Voix du Nord.

Eopah merupakan kawasan paling terjejas teruk dijangkiti Covid-19 dan beberapa negara mengambil langkah sekatan dan mengeluarkan amaran mengenai lonjakan kes.

Baru-baru ini, Austria melaksanakan perintah berkurung disebabkan kira-kira dua juta penduduk belum atau enggan menerima suntikan vaksin sepenuhnya.

Austria juga merekodkan antara negara dengan kadar vaksinasi terendah di Eropah Barat.

Di Perancis, bukti vaksinasi atau ujian calitan negatif diperlukan semasa mengunjungi restoran, kafe, pawagam serta menaiki kereta api jarak jauh.

Dalam pada itu, Macron berkata, pihaknya masih menunggu panduan dari pihak berkuasa kesihatan mengenai keperluan suntikan dos ketiga kepada semua individu yang layak menerima vaksin.

Dos penggalak buat masa sekarang hanya disediakan kepada individu berusia 65 tahun ke atas dan pas kesihatan yang sah diperlukan bagi kumpulan umur itu bermula Disember depan.

“Sekiranya dos ketiga berkesan dan diperlukan untuk orang ramai, maka, kami akan memasukkannya ke dalam pas kesihatan,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top