Tak Perlu Jenamakan Semula Sabah, Sarawak Sebagai ‘Tanah Besar Malaysia’

hanifah-hajar.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi Sabah dan Sarawak dijenamakan semula sebagai “tanah besar Malaysia” kerana ia tidak menambah apa-apa bagi kedua-dua negeri Borneo itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib.

Menjawab soalan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Hanifah memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa beliau mengambil maklum cadangan Ahli Parlimen pembangkang itu dan Putrajaya akan mempertimbangkannya jika ada keperluan.

“Bagaimanapun penjenamaan (semula) itu tidak membawa apa-apa makna istimewa. Ia hanya sebagai rujukan mudah dan tidak menambah mahupun menolak sebarang keistimewaan bagi kedua-kedua negeri itu,” katanya.

Tangau bertanya sama ada Putrajaya akan mengkaji penjenamaan semula Sabah dan Sarawak sebagai “tanah besar Malaysia”, memandangkan ia merangkumi 60% keluasan negara.

Hanifah berkata, istilah “tanah besar Malaysia” tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang sedia, dengan “Malaysia Timur” dan “Semenanjung Malaysia” adalah istilah utama yang digunakan.

“Takrifan sedemikian tidak merujuk kepada keluasan kawasan negeri-negeri di Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia, mahupun perbezaan dari segi kedudukan sebagai wilayah.

“Kerajaan berpandangan istilah sedia ada sudah memadai,” tambahnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top