Tak Perlu Imbas MySejahtera, Tapi Kena Tunjuk Status Risiko Sebelum Masuki Premis

KJ.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan mulai 1 Mei, tetapi pengunjung masih perlu menggunakan aplikasi itu untuk menunjukkan status risiko mereka sebelum masuk ke premis, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Kita tidak lagi perlu imbas kod QR MySejahtera tetapi ia masih lagi perlu untuk kita tunjuk status kita sama ada ‘low risk’ atau ‘high risk sebelum kita masuk ke mana-mana premis,” kata Khairy dalam video TikTok.

Segelintir pemilik perniagaan membantah langkah kerajaan yang mahu mereka menyemak status risiko pengunjung pada MySejahtera.

Dua pemimpin kumpulan perniagaan turut menyuarakan mengenai risiko kemungkinan orang ramai memalsukan status MySejahtera untuk masuk ke dalam premis.

Naib Pengerusi FMBA Raymond Woo berkata orang ramai mungkin menipu dengan menunjukkan tangkapan skrin status risiko rendah.

“Sebagai pemilik kedai, kami akan semak, tetapi tanggungjawab rakyat untuk memainkan peranan mereka,” katanya.

“Sukar untuk perniagaan menyemak sama ada ia daripada aplikasi atau tangkapan skrin.”

Rabu lalu, ketika Khairy mengumumkan perkara itu, beliau juga berkata pemilik premis perlu menyemak status risiko pengunjung di aplikasi MySejahtera dan tidak membenarkan individu dengan status “High Risk” iaitu kes positif Covid-19 dan dalam tempoh kuarantin daripada memasuki premis. – FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top