Tak Masuk Akal PN Terima Dana Judi – Abdul Hadi

haji-hadi.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan mustahil untuk Perikatan Nasional (PN) menerima dana politik dari tauke dan syarikat judi ketika parti itu tegas menutup tempat perjudian, malah pernah dituduh Taliban.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata ketika PN hampir membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), saham syarikat perjudian menjunam, menggambarkan seolah-olah sentimen syarikat berkenaan terhadap PN tidak baik.

“Hanya akal yang berpusing sahaja boleh menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PN, sedangkan sahamnya jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam PRU15 yang lalu.

“Sahamnya hanya naik semula, apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa secara luar biasa daripada amalan demokrasi yang bersih.

“Diikuti pula dengan pembentukan Kabinet yang tidak bersih, kerana telah membabitkan bekas banduan walaupun telah diampun, kluster mahkamah yang belum selesai perbicaraannya, pemberi dan penerima rasuah serta golongan penipu yang selari dengan kemahuan tauke dan syarikat judi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, adalah sangat bodoh jika tauke judi menyumbang dana kepada pihak yang paling agresif merobohkan pusat judi dengan ganas.

 

Baca seterusnya di: Berita Harian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top