KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan Sabah sudah banyak ketinggalan apabila memperkatakan perihal projek Lebuh Raya Pan Borneo.
“Projek sama di Sarawak sudah siap sebanyak 50 peratus namun Sabah hanya siap antara 18 sehingga 20 peratus sahaja. Hal ini tidak masuk akal kerana projek ini berjalan serentak untuk dua negeri.
“Oleh itu, saya akan perincikan perkara ini secara spesifik bagi memastikan pelaksanaan projek Pan Borneo berjalan lancar supaya rakyat mampu menikmati kemudahan jalan raya terbaik,” katanya.
Beliau ketika demikian ketika sidang akhbar selepas hadir di bangunan Kementerian Infrastruktur Jabatan Kerja Raya bagi memulakan tugas sebagai Menteri Kerja Raya Sabah hari ini.
Selain itu Bung Moktar berkata kementerian yang diterajuinya akan memastikan semua jalan raya di negeri itu dapat diperbaiki dan memberikan bekalan air bersih kepada rakyat.
“Kita sedia maklum jalan raya dan air antara masalah sering membelenggu rakyat di negeri ini.
“Oleh itu, misi utama saya dan kementerian adalah memastikan semua jalan raya di Sabah dapat diperbaiki dan memberikan bekalan air bersih kepada rakyat di seluruh negeri.
“Masalah ini sudah berlarutan bertahun-tahun, malah sepanjang kempen pilihan raya masalah air dan jalan raya antara isu sering diketengahkan.
“Salah satu aku janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah memberikan air bersih kepada rakyat, selain menaik taraf jalan raya sedia ada. Kita akan pastikan setiap daerah atau kampung yang menghadapi masalah air bakal mendapat kemudahan terbaik,” katanya.
Ba Datuk Seri, tempat saya Kg Penagatan Laut, Keningau dari zaman BN sampai sekarang belum ada air bersih
YB kg sya di karagasan sugut ranau dari thn 2000 sampai sekarang masih jon batu.tlg ambil tindakan jgan asik menunding jari seperti YB kerja raya seblm ini.merrka bodoh pentingkan diri dari rakyat.so sya haray YB dpt mendengar keluhan rakyat y di pedalaman blm ada kemudahan jln raya y bgs.pliss take not.