Tak Dibenar Berniaga Kerana Belum Vaksin, Peniaga Cabar Majlis Daerah di Mahkamah

noami.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang peniaga di Ranau, yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19, memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Majlis Daerah Ranau (MDR) untuk mengeluarkan surat kepadanya berhubung pelaksanaan SOP baharu untuk membuka premis perniagaan dan kemasukan pelanggan serta notis amaran yang dikeluarkan kepadanya kerana menjalankan perniagaan tanpa mendapatkan vaksin Covid-19.

Pemohon, Naomi @ Neomi Francis, 55, (gambar) yang menjalankan perniagaan gerai makan dan katering makanan di pekan Ranau, menamakan MDR sebagai responden tunggal dalam permohonan ex-parte yang difailkan di Mahkamah Tinggi melalui e-filing pada Ahad (26 September).

Dalam pernyataan tuntutannya, Naomi mendakwa bahawa pada 15 September tahun ini, responden mengeluarkan surat kepadanya menyatakan bahawa bermula 21 September, kerajaan, seperti dilaporkan, akan menguatkuasa satu peraturan di mana hanya usahawan atau pembantu, yang telah melengkapkan vaksin Covid-19 dibenarkan membuka perniagaan.

Naomi berkata enam hari kemudian, pada 21 September, responden mengeluarkan sepucuk surat kepadanya, iaitu sebuah notis/amaran sebelum tindakan dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit.

Menurutnya, surat itu menyatakan bahawa dia menjalankan perniagaan di gerainya di Pasar Besar tanpa atau belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 yang melanggar terma di bawah Akta itu dan bahawa dia boleh dikenakan kompaun RM2,000 dan denda maksimum RM50,000 kecuali dia mendapatkan vaksin pada atau sebelum 28 September tahun ini.

Naomi juga mendakwa bahawa dia tidak bersetuju untuk menerima vaksin buat masa ini kerana dia bimbang akan risiko berkaitan vaksin kerana ia belum dikaji secukupnya dalam ujian atau diungkapkan dengan tepat kepada profesional penjagaan kesihatan atau subjek vaksin.

Antara sebab kebimbangannya ialah tanda-tanda, gejala-gejala dan kriteria diagnostik lain bagi Covid-19 secara lisan adalah sangat luas.

Dengan menerapkan kriteria, banyak penyakit yang dapat diklasifikasikan sebagai Covid-19, terutama selesema biasa atau selesema bermusim biasa, dan bahawa ujian reaksi berantai polimerase (PCR) adalah produk eksperimen;

Bahawa “Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech” dan “Vaksin Covid-19 Moderna” adalah Teknologi Terapi Novel Gene, bukan vaksin; kurang diuji dan perpindahan “Spike Protein” SARS-CoV-2 dalam badan.

Naomi juga mendakwa bahawa tindakan responden bercanggah dengan Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan Kebebasan orang itu; melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa semua orang adalah sama di hadapan undang-undang dan berhak mendapat perlindungan undang-undang yang sama.

Tindakan responden juga melanggar Artikel 9 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, dan melanggar Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan hak atas harta benda, kata Naomi.

Naomi meminta perintah certiorari untuk membatalkan keputusan-keputusan responden dalam surat bertarikh 15 September dan 21 September.

Beliau juga meminta perintah larangan kepada responden sama ada oleh mereka sendiri atau oleh pekerja atau ejen mereka daripada mencegah, melarang, menyekat, menafikan, mengganggu atau dengan cara apa pun, sama ada melalui proses yang sah atau sebaliknya, mengganggu sama ada sebahagian atau keseluruhan perniagaan yang dijalankan olehnya di premisnya di bangunan Pasar Umum di pekan Ranau.

Naomi juga memohon perisytiharan bahawa surat-surat responden bertarikh 15 September dan 21 September tidak berperlembagaan, tidak mengikut undang-undang, batal dan tidak sah.

Beliau juga memohon ganti rugi, kos dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Permohonan ex-parte itu yang difailkan oleh peguam pemohon, Marcel Jude, telah ditetapkan untuk e-semakan pada 28 Oktober. – DE/Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top