Tak ada apa nak dibincang lagi, kata Pemuda Umno kepada Kor Ming

dr-akmal.jpg

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh. Gambar: Bernama

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno menegaskan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bahawa tiada apa perlu dibincangkan lagi berkaitan cadangan pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketuanya, Dr Akmal Saleh sebaliknya mengingatkan untuk mengajar Kor Ming mengenai sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.

“Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Tiada keperluan untuk cadangan ini dan fullstop!

“Jika nak jumpa boleh, tetapi kami nak ajar YB menteri (Kor Ming) mengenai sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Malaysia sekali.

“Jika YB setuju,let’s find a date!” tegas Dr Akmal.

Sebelum itu, Kor Ming akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin Umno bagi memperjelaskan cadangannya berkaitan pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ia susulan kenyataan beberapa pemimpin UMNO sebelum ini, termasuk Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, selain Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang dilaporkan menolak keras cadangan itu serta menyifatkan ia sebagai menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera.

“Sebenarnya saya ada berhubung dengan pemimpin Umno. Kita ajak mereka bermusyawarah supaya dapat bincang dan ketahui hakikat fakta sebenar serta mereka tak terpesong dengan fakta atau isu sentimen yang dimainkan oleh pembangkang Perikatan Nasional,” katanya.

Berita assl: Suara TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top