Tajuddin Rahman Hanya Akan Letak Jawatan Selepas Parlimen Bubar

DSTajuddinRahman.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LANGAT: UMNO terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan lain bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata buat masa ini parti itu muktamad tidak akan berunding untuk bekerjasama dengan PKR, DAP, dan Bersatu untuk mendepani PRU-15.

“…selepas PRU-15 kita tengok bagaimana keadaan, sesiapa yang masa itu berminat untuk bekerjasama, dan ia membawa manfaat kepada UMNO, rakyat dan negara, kita terbuka untuk menubuhkan kerajaan.

“UMNO dari dulu tidak tamak, bila tubuhkan kerajaan Barisan Nasional kita kongsi dengan MCA, MIC dan parti lain termasuk dari parti pribumi Sabah dan Sarawak,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja meninjau kemajuan projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Johan Setia termasuk melawat kuarters pekerja Centralised Labour Quarters (CSL) dan kilang pengacuan ‘U-Through Girder’ di Bandar Saujana Putra di sini, pada Isnin.

Ditanya sama ada beliau bersedia melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tajuddin berkata: “Saya akan kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan, kerana ia adalah pendirian parti saya. Jadi soal berapa lama saya akan berada dalam kerajaan – ia bergantung kepada berapa lama masa diambil untuk membubarkan Parlimen”.

“Kalau esok dibubarkan, saya terkeluar dari kerajaan, tapi kalau kata sampai bulan Ogos.. Ogoslah, kalau tahun depan, tahun depanlah, kita tidak tahu bila,” katanya.

 

— BERNAMA


Kongsi Bersama

1 Reply to “Tajuddin Rahman Hanya Akan Letak Jawatan Selepas Parlimen Bubar”

  1. Alan says:

    Ya. Nabeel pun sedih.

    Ada yang dulu Nabeel jadikan idola tapi kini berbeza bab sokong PN.

    Sikap mereka sebijik macam macai Atok time PRU 14. Mengaku UMNO tetapi hari-hari balun DSN sebagai presiden.

    Hari ni macam de javu. Mengaku UMNO tapi hari-hari bantai UMNO, Presiden dan MT.

    Saya risau. Sebab perangai macai atok, BN tumbang dulu.
    Sekarang sebab perangai mereka ini yang serupa, UMNO pula akan tumbang.

    Nabeel sayang mereka semua…Apa boleh buat…
    I love you but i love UMNO more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top