Tahniah SSK

SSK-tahniah.jpg
Kongsi Bersama

Sidang redaksi Sabah Gazette mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adun Usukan, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak atas pelantikan sebagai Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHSSB), sebuah syarikat kerajaan negeri.

WHSSB yang diperbadabkan pada 6 April 1995 merupakan cabang pelaburan Kerajaan Negeri Sabah. Ia beroperasi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Objektif utama WHSSB, antara lain adalah sebagai pemangkin untuk mendorong pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Sabah di pelbagai sektor dan pada masa yang sama mewujudkan peluang untuk rakyat dan pemain industri.

Dengan pengalaman yang ada padanya, sebagai bekas ketua menteri Sabah dan bekas menteri kanan Persekutuan, Dr Salleh diyakini dapat memacu WHSSB ke arah yang lebih gemilang selaras dengan hasrat kerajaan dan rakyat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top