PELANTIKAN Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah mendapat ucapan tahniah daripada ibu mentuanya, Khaty Fauziah.
Menerusi akaun Instagram pelakon veteran itu, Khaty atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah Musa memanjatkan kesyukuran di atas pelantikan itu.
“Alhamdulillah dan tahniah menantu ku!
“Mommy bersyukur Allah mendengar doa-doa mommy, semua ahli keluarga, sahabat handai serta penyokong di atas kemenangan dan pelantikan ke jawatan tersebut,” katanya. – Suara Merdeka
Komen