‘Tahi burung’ punca Vivian Hoo- Chiew Sien tewas di Terbuka India

chiew-sien-vivian-hoo.jpg

Gambar fail: Lim Chiew Sien-Vivian Hoo. Foto Badminton Association of Malaysia – BAM

Kongsi Bersama

NEW DELHI: Nasib malang menimpa beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien apabila tersungkur di pusingan kedua berdepan gandingan Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam dalam aksi rubber set 11-21 21-15 10-21 semalam.

Menurut Chiew Sien, insiden ‘pelik’ dan ‘lucu’ berlaku di gelanggang apabila beberapa kali perlawanan terpaksa dihentikan kerana terdapat tahi burung dan habuk yang jatuh di dalam gelanggang ketika perlawanan berlangsung yang turut menyumbang kepada terganggunya fokus mereka dan antara faktor mereka tewas pada aksi tersebut.

“Saya rasa perlawanan sebentar tadi suatu pengalaman yang istimewa buat kami dan Vivian.

“Ia kali pertama kita bermain dalam pertandingan yang adanya tahi burung jatuh ke dalam gelanggang dan perlawanan acap kali terpaksa dihentikan.

“Sesuatu yang istimewa dan agak kelakar juga sebenarnya,” jelas Chiew Sien.

Sumber: AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top