Tahap kebersihan Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu perlu dipertingkatkan segera – Mayor DBKK

Datuk-bandar-bersih.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Tahap kebersihan aktiviti menjaja ikan di kawasan Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu perlu dipertingkatkan dalam tempoh terdekat sekali gus memberikan keselesaan kepada orang ramai.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, satu perbincangan secara rasmi bersama Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) akan diadakan bagi memastikan aktiviti penjaja ikan dapat mematuhi garisan panduan yang ditetapkan.

Katanya, sehingga kini tahap lebersihan di kawasan Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu sangat kurang memuaskan sehingga menimbulkan runggutan dalam kalangan orang ramai di ibu negeri.

“Masih ada ruang yang dapat kita perbaiki untuk meningkatkan tahap kebersihan di Safma ini namun perbincangan secara rasmi perlu dijalankan membabitkan antara DBKK dan SAFMA.

“Saya sendiri melawat serta menyaksikan aktiviti penjualan ikan Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu hari ini. Memang kita akui tahap kebersihan sangat kurang memuaskan….Namun masih ada ruang untuk diperbaiki serta boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di sekitar Kompleks Perikanan SAFMA serta Pasar Besar Kota Kinabalu pada sabtu.

Dalam perkembangan sama Dr Sabin berkata, DBKK akan mewujudkan pertandingan kebersihan dalam kalangan peniaga gerai di sekitar kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu.

“Ini merupakan inisiatif terbaharu DBKK untuk mengalakkan agar peniaga di Pasar Besar ini berusaha meningkatkan keceriaan gerai mereka disamping mengutamakan kebersihan sepanjang masa.

“Kita menasihatkan peniaga gerai di sini agar sentiasa mengutamakan kebersihan kerana kawasan Pasar Besar ini sering menjadi tumpuan orang ramai serta golongan pelancong untuk mendapatkan bekalan harian mereka,” jelas Dr Sabin. – Jesselton Times

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top