Tabung Zakat MUIS Serah RM2.8 Juta Dana, RM103,000 Sumbangan Khas

Dana-Muis.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Tabung Zakat (MUIS)  menyampaikan dana berjumlah RM2,860,320 kepada Asnaf Fakir Daerah Tawau bagi tahun 2021 manakala RM103,000 sumbangan khas diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa-mangsa kebakaran di Kg.Titingan,Tawau.

Majlis penyerahan replika cek dana dan sumbangan khas tersebut berlangsung semalam dengan disaksikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Arif, yang melakukan lawatan kerja ke Tawau.

Ariffin yang diiringi Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Apas Datuk Mohd Nizam Abu Bakar Titingan,turut melakukan tinjauan ke lokasi tragedi kebakaran di Kg Titingan  yang melibatkan 84 Ketua Isi Rumah dari 56 buah rumah yang musnah di jilat api.

Turut hadir Timbalan YDP Muis Ustaz Malai Ahmad, Pengarah JHEAINS dan Pengarah JAKIM Ustaz Norjeli Dais.

Hadir sama ialah Presiden Majlis Perbandaran Tawau Arnold Joibi dan Ketua-Ketua jabatan kerajaan yang lain.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top